Cara Memberi Bayi Makan

Assalamualaikum kawan2 semua...

Hari nie nk share pasal beri mkn si comel..ermm..sy pun mcm mama2 kat luar sana jugak..kdg2 hadapi masalah mcmne nk beri makan pada si manja mama sorang nie. Sy ada terbaca dalam PaMa mengenai cara memberi makan kepada bayi Anda...Jomlah kita baca kejap boleh kita ambil sedikit cadangan agar mama n papa kt luar sana tak menjadi hura hara bila ikut cara yg betul ye dakkk..

Bila nak beri si manja makan nie sememangnya perlukan kesabaran yg amat2 lah tinggi..Mungkin dengan mematuhi tip berikut, ia sedikit sebanyak membantu anda menjadikan masa makan lebih bermakna.



1.      Anak berada dalam keadaan selesa
Pangku bayi semasa memberinya makan. Tinggikan sedikit bahagian kepala supaya dia dapat makan dengan lebih selesa. Untuk menjaga kebersihan pakaian bayi anda, gunakanlah bib. Setelah bayi selesa dan boleh duduk, letakkan mereka ke dalam kerusi makan bayi setiap kali tiba waktu makan.

2.      Makanan yang sesuai
Makanan pertama yang anda perkenalkan kepada bayi mestilah benar-benar lembut dan tidak terlalu berperisa. Biasanya, pada peringkat permulaan, bayi akan lebih senang menerima bubur nasi kerana tekstur dan rasanya seakan-akan susu.

3.      Tidak terlalu panas
Makanan bayi tidak perlu terlalu panas dan sejuk. Cukuplah sekadar suam-suam. Selain itu, jangan suapkan terlalu banyak makanan pada satu-satu masa. Beri anak anda makan sedikit demi sedikit. Cara ini akan memudahkan anak untuk belajar menelan makanan dan dalam masa yang sama belajar makan menggunakan sudu dan bukan melalui botol susu.

4.      Bersabar
Pertama kali memberi anak makan memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Anak anda tidak akan mudah menerima makanan yang diberi. Mungkin sebab dia belum biasa untuk makan. Jadi, ambillah masa. Jangan terlalu memaksa. Ajar anak anda makan perlahan-lahan agar semuanya berjalan lancar.

5.      Jaga kebersihan
Pastikan semua peralatan yang digunakan termasuklah makanannya bersih daripada sebarang kekotoran untuk mengelakkan bayi anda sakit perut. Hal ini perlu dipandang serius agar bayi tidak rasa serik untuk makan. Ingat, memberi anak makan adalah untuk menjadikan mereka lebih sihat dan bukan mendapat penyakit.

6.      Pastikan bayi lapar
Ramai berpendapat, waktu terbaik untuk memberi bayi makan ialah selepas mereka bangun daripada tidur pada waktu pagi. Mungkin di antara pukul 10 hingga 11 pagi. Ketika ini, biasanya bayi akan rasa lapar. Untuk mengelakkan bayi terkejut dan rasa selamat, beri mereka minum sedikit susu terlebih dahulu sebelum meneruskannya dengan memberi makan.

Thank you semua....:)


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers


up