Tips Elak Berat Berlebihan ketika Hamil

Elak Berat Berlebihan Ketika Hamil






Semasa mengandung, bakal ibu cenderung untuk mengalami pertambahan berat badan yang banyak. Biarpun pertambahan berat badan adalah normal tetapi jangan sampai ia melebihi yang sepatutnya dianjurkan kepada ibu hamil.

Selera makan bakal ibu memang sukar dijangkakan. Jika anda seorang yang langsung tidak mengalami morning sickness serta berselera makan apa sahaja, berhati-hatilah kerana anda mungkin akan menambah berat yang banyak.

Berat badan yang berlebihan turut boleh menyebabkan pelbagai risiko komplikasi kepada ibu dan bayi. Sebagai panduan, ikuti tip bagi mengelakkan peningkatan berat badan berlebihan semasa hamil

1.       Jangan makan untuk dua orang
Anda tidak perlu menggandakan kalori makanan. Elakkan makanan yang kaya dengan lemak tepu. Sama juga dengan makanan ringan yang kaya dengan sodium dan lemak. Garam menakung air yang akan menambah lebih banyak berat badan.

2.       Makan secara sihat
Ambil makanan yang kaya dengan vitamin, kalsium, asid folik, besi mineral penting lain. Minum 8 hingga 12 gelas air sehari. Elakkan minuman berperisa dan soda kerana ia hanya menambah kalori dan bukannya nutrien yang sepatutnya.

3.       Sediakan makanan sendiri
Itulah yang sebaik-baiknya. Masak makanan dengan cara membakar dan memanggang. Elakkan daripada menggoreng kerana ia menambah lemak pada makanan. Jika perlu menggoreng, gunakan minyak zaitun.

4.       Lakukan senaman khas untuk kehamilan
Senaman ketika hamil memang digalakkan. Ia mampu memejalkan susuk tubuh, memperbaiki postur dan menguatkan otot pelvik tanpa memudaratkan bayi. Untuk itu, senaman melibatkan aktiviti berjalan dan berenang amat digalakkan.

5.       Makan supplement
Suplemen membantu anda melengkapkan nutrien pemakanan yang kurang dalam menu seharian. Namun, dapatkan nasihat doctor untuk mengambil apa-apa suplemen sewaktu hamil bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Tahniah diucapkan kepada semua Ibu2 yg bakal melahirkan n menimang Cahaya Mata..:)
Kalau nak cri supplemen yg terbaik untuk ibu dan ank anda dr dalam kandungan lg..crilah saya..
Terima kasih semua...

Whtsapp utk order supplement Shaklee 
0107628163




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers


up