Apakah itu Hernia?

HERNIA atau disebut juga sebagai angin pasang lebih dikenali sebagai penyakit lelaki, kerana hanya orang lelaki mempunyai bahagian khusus dalam rongga perut (abdomen) untuk mendukung fungsi alat kelaminnya. Hernia ialah suatu benjolan tidak normal bagi organ dalaman melalui pembukaan normal atau tidak normal. Hernia biasanya berlaku pada pangkal paha yang dinamakan inguinal hernia dan femoral hernia. Hernia juga boleh berlaku di kawasan pertengahan bahagian depan abdomen dan ini dikenali sebagai epigastric (bahagian atas pada abdomen), paraumbilical (atas dan bawah umbilicus) dan umbilical hernia (pada umbilicus).



Bahagian hernia terdiri dari cincin, pundi (kantong) dan isi hernia itu sendiri. Isi hernia iaitu usus, ovarium dan jaringan penyangga usus (omentum). Bila ada bahagian yang lemah dari lapisan otot dinding perut, maka usus dapat keluar ke tempat yang tidak seharusnya, yakni boleh ke diafragma (sempadan antara perut dan dada), boleh juga di lipatan paha atau di pusat.

Biasanya hernia tidak menyebabkan sakit. Namun, akan terasa sakit bila isi hernia tersepit oleh cincin hernia. Infeksi akibat hernia menyebabkan penderita merasakan sakit yang hebat dan infeksi tersebut akhirnya menjalar dan meracuni seluruh tubuh. Jika sudah terjadi keadaan seperti itu, maka harus segera ditangani oleh doktor kerana dapat mengancam nyawa penderita.Hernia dapat terjadi pada semua umur, baik tua maupun muda. Pada kanak-kanak atau bayi, lebih sering disebabkan oleh kurang sempurnanya proses vaginalis untuk menutup seiring dengan turunnya testis atau buah zakar. Biasanya yang sering terkena hernia adalah bayi atau anak laki-laki. Pada orang dewasa, hernia terjadi kerana adanya tekanan yang tinggi dalam rongga perut dan kelemahan otot dinding perut kerana faktor usia.

Tekanan dalam perut yang meningkat adalah disebabkan oleh batuk yang kronik, susah buang air besar, adanya pembesaran prostat pada lelaki, serta orang yang sering mengangkat barang-barang berat. Penyakit hernia akan meningkat sesuai dengan penambahan umur. Hal tersebut dapat disebabkan oleh lemahnya jaringan penyangga usus atau kerana adanya penyakit yang menyebabkan tekanan di dalam perut meningkat.



Mungkin ramai di kalangan masyarakat yang tahu tentang gejala awal penyakit hernia, namun seringkali tidak menyedarinya. Pada awalnya, gejala yang dirasakan oleh penderita adalah berupa keluhan benjolan di lipatan paha. Biasanya akan timbul bila berdiri, batuk, bersin, meneran atau mengangkat barang-barang berat. Benjolan dan keluhan sakit itu akan hilang bila penderita berbaring.

Hernia akan berbahaya jika sudah terjadi sepitan isi hernia oleh cincin hernia. Pembuluh darah di daerah tersebut lama-kelamaan akan mati dan akan terjadi penimbunan racun. Jika terus dibiarkan, maka racun tersebut akan menyebar ke seluruh daerah perut sehingga boleh menyebabkan terjadinya infeksi (jangkitan) di dalam tubuh.

Sebenarnya tidak semua hernia harus dilakukan pembedahan. Bila jaringan hernia masih dapat dimasukkan kembali, maka tindakannya adalah hanya menggunakan penyangga (penyokong) atau korset untuk mempertahankan isi hernia yang telah teralih kedudukannya kepapa asal. Pada anak-anak atau bayi, reposisi spontan dapat terjadi kerana cincin hernia pada anak lebih kenyal (elastik). Bila sudah tidak dapat diperbetulkan balik kedudukannya, maka satu-satunya tindakan yang harus dilakukan adalah melalui pembedahan.

Punca Hernia

Berdasarkan penyebab terjadinya, hernia dapat di kategorikan seperti berikut :

1. Faktor baka atau hernia bawaan (congenital) dan hernia dapatan (akuisita).

2. Faktor menurut posisinya, hernia boleh dibezakan menjadi hernia inguinal, umbilical, femoral, diafragma dan masih banyak lagi nama lainnya.

Jenis-jenis atau peringkat hernia

1. Boleh dikurangkan – Kandungan hernia boleh ditolak masuk ke dalam.
2. Tidak boleh dikurangkan – Pembengkakan tidak boleh dikurangkan walaupun diberi tekanan menggunakan tangan.
3. Halangan – Sekunder kepada irreducibility dan edema, pesakit mungkin mengalami halangan pada bahagian usus. Dalam kes sebegini, pesakit akan mengalami rasa kembung pada abdomen, muntah dan sembelit. Ini merupakan pembedahan kecemasan.
4. Penjerutan – Sekiranya bekalan darah pada kandungan dalam pundi hernia dipotong, kandungan itu akan mati kerana tiada bekalan darah. Ini merupakan suatu kecemasan dan boleh meragut nyawa sekiranya tidak dibedah awal.
5. Keradangan hernia – Apabila kandungan pada pundi hernia mendapat jangkitan, ini dinamakan keradangan hernia. Ini berkemungkinan berlaku sekiranya hernia mengandungi apendiks yang radang. Ini juga memerlukan rawatan pembedahan kecemasan.

Apabila hernia berlaku pada bahagian lama parut selepas pembedahan, ini dikenali sebagai incisional hernia.

Simptom-simptom Hernia

Simptom yang biasa bagi hernia adalah pembengkakan yang tidak sakit pada peringkat awal, tetapi lama-kelamaan dan apabila hernia bertambah besar, kesakitan mula dirasai.

Lama-kelamaan, fator jangkamasa lama yang diambil untuk berdiri atau berjalan akan berasa tidak selesa. Pembengkakan akan meningkat dari segi saiz dan menonjol apabila batuk atau peregangan.

Biasanya pembengkakan boleh ditolak menggunakan tangan ke dalam rongga abdomen, tetapi apabila hernia bertambah besar, ini tidak mungkin boleh dilakukan lagi.

Faktor-faktor yang menyebabkan hernia adalah:

1. Kelemahan pada dinding dalam perut seperti yang berlaku pada pesakit obes, lemak yang terdapat antara otot-otot mengasingkannya dan membuatkan ia lemah.
2. Peningkatan dalam tekanan intraabdominal seperti yang dilihat pada kanak-kanak dengan batuk kokol, orang tua dengan kelenjar prostat yang membesar menyebabkan kesukaran untuk buang air kecil, seseorang dengan batuk kronik atau sukar membuang air kecil disebabkan sembelit. Ia juga boleh berlaku pada pengangkat berat kerana jangka masa yang lama diambil untuk mengangkat berat.
3. Kadar kejadian hernia adalah lebih tinggi pada perokok disebabkan oleh kekurangan aktiviti kolagen.
4. Pada bayi ketidakmatangan adalah salah satu penyebab hernia. Hernia ini dikenali sebagai hernia sejak lahir (kongenital).

Cara Rawatan:

Selain daripada umbilical hernia yang kecil, bagi semua jenis hernia yang lain hanya terdapat satu rawatan iaitu pembedahan. Sama ada hernia akan menjadi berkurangan / halangan atau penjerutan, ini bergantung kepada saiz leher pada pundi hernia dan tidak bergantung kepada saiz hernia. Semakin sempit leher, kebarangkalian mendapat komplikasi adalah lebih tinggi.
Adalah dinasihatkan supaya tidak meletakkan syiling, tali pinggang dan lain-lain ikatan pada hernia kerana ini akan mengakibatkan hakisan pada kulit dan kebarangkalian mendapat halangan akan meningkat.

Masa untuk pembedahan:

Bagi kes umbilical hernia yang kecil (berlaku pada kelahiran), boleh menunggu sehingga umur antara tiga hingga empat tahun bagi ia menutup secara semula jadi. Kesemua hernia yang lain pula seelok-eloknya dibedah secepat mungkin bagi mengelakkan kejadian semula komplikasi.

Sumber dari : http://wannuraterapi.wordpress.com/2012/11/04/hernia-jenis-penyebab-dan-cara-rawatan/

~SEMOGA MUHAMMAD HARITH ANAK IBU CEPAT SEMBUH~



Sekarang waktu di hospital menunjukkan jam 8.45am.... Sempat Saya kongsikan serba sedikit tentang penyakit Hernia dan rawatannya. Semoga parent di luar sana dapat membacanya dan alert tentang penyakit ini.

Dan berharap anakanda ibu Muhammad Harith sembuh..Keputusan untuk jalankan operation atau tidak masih blm di putuskan..

Semoga dipermudahkaan segala urusan kami sekeluarga..

Villavitabonda : Atie

posted from Bloggeroid

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers


up