Tips dan Rahsia Menyusu di Bulan Ramadan

Assalamualaikum Semua
Salam Sejahtera...




Sebagai seorang ibu pastinya risau sekiranya berpuasa production susu semakin berkurangan, Dengan ini ikuti tips dan persediaan di bulan Ramadan.

vJadual pemakanan teratur dan berkesan yang mementingkan pengambilan makanan berkhasiat perlu diamalkan oleh ibu sepanjang masa terutama ketika berpuasa.

vAmalan bersahur menjadi kemestian bagi ibu-ibu selepas bersalin. Ini kerana sekiranya ibu berpuasa tanpa pengambilan sahur yang betul, ia boleh memungkinkan ibu mengalami gejala hipoglisemia (kekurangan gula badan). Hipoglisemia ini dibahagikan kepada dua.

vRungutan yang berkaitan dengan pengaktifan sistem autonomik serta rembesan epinefrin seperti berpeluh, terketar-ketar, berdebar-debar, denyutan nadi meningkat, rasa cemas, lemah loya dan rasa loya-loya serta muntah-muntah.

vKategori rungutan kedua bersabit dengan berkurangan penggunaan glukos oleh otak, lama-kelamaan penurunan gula menjadi lebih teruk dan rendah. Biasanya mereka ini akan mengalami sakit kepala, penglihatan kabur, letih lesu, tidak bermaya, mudah terganggu serta sensitif, kurang fokus, kekeliruan, mengantuk, kehilangan keupayaan intelek dan perubahan personaliti.

vJusteru itu ibu yang baharu melahirkan anak perlu berdisiplin mengamalkan panduan berikut bagi mengelakan kemudaratan kepada diri sendiri dan anak.
* Melewatkan sahur
* Berbuka di awal waktu dengan mengambil makanan sihat seimbang dan minum cukup air.
* Memerah susu di awal hari
* Berdoa
* Bertawakal

vIbu tetap boleh menyusukan seperti biasa selagi tidak mengalami dehidrasi. Oleh itu pengambilan cecair yang mencukupi pada sebelah malam dan waktu sahur perlu dilakukan bagi menggantikan air yang sudah hilang semasa berpuasa. Amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku. Tanda-tanda dehidrasi yang teruk adalah seperti berikut :
* Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.
* Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
* Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.
* Terasa loya dan ingin muntah.
* Rasa menggigil.
* Berasa lemah dan sakit otot.
* Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.

vUntuk mengelakkan dehidrasi yang teruk, ambillah makanan/minuman yang mengandungi jumlah cecair yang banyak. Sekurang-kurangnya dua liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir badan.


14 Tip Bertenaga ketika berpuasa.


1. Banyakkan pengambilan cecair. Dua liter sehari sangat perlu.Mulakan minum bermula waktu berbuka sehingga sahur dan menjelang imsak.
2. Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan berkuah dan mengandungi air. Kurangkan mengambil terlalu banyak makanan bergula dan bergaram kerana ia boleh menarik keluar air daripada sel.
3. Ibu yang menyusukan amat digalakkan makan madu setiap hari kerana selain menambah stamina, ia berupaya meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. Malah ia merupakan sumber tenaga yang hebat dan semulajadi. Juga berfungsi sebagai nutrisi lengkap untuk meningkatkan dan melancarkan air susu ibu.
4. Berehat secukupnya. Elakkan melakukan aktiviti berat dan lasak.
5. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.
6. Banyakkan memakan kurma kerana ia mampu memberi tenaga segera kepada badan dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah-buahan, oat dan sebagainya.
7. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.
8. Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak.
9. Pentingkan diet yang mengandungi protein berkualiti daripada ikan, ayam itik, daging merah dan legum. Pastikan pengambilan kalsium yang mencukupi, daripada susu dan produk susu.
10. Tambah pengambilan makanan berserat ke dalam diet anda dengan mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayuran segar bagi mengelakkan sembelit.
11. Jika anda rasa anda menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan yang berkhasiat untuk diri sendiri, pertimbangkanlah untuk mengambil suplemen vitamin dan mineral dalam diet anda.
12. Jangan berhenti menyusukan bayi atau mengepam susu kerana semakin banyak susu keluar, semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu ibu yang akan dihasilkan.
13. Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa tetapi kurang rangsangan sama ada menyusu terus bayi atau memerah susu.
14. Jika perlu, ambil supplement untuk badan sentiasa bertenaga, dan production susu sama malah lebih dari sebelum berpuasa.

Antara testimoni sebenar ibu menyusu yang mengamalkan ESP, Performan Drink dan Mealshakes dan SET MENYUSU.

Jemput baca ye..:)






JOM kita lihat pula video dari seorang ibu yang menyusukan anaknya selama 7 tahun di setiap ramadhan tanpa rasa letih sehingga waktu berbuka.
APA AGAKNYA RAHSIA BELIAU YE!!!.....

Alhamdulillah!!...menarik sungguh perkongsian Puan Salwa kan..Anda inginkan seperti beliau...???

"susu mencurah-curah walaupun berpuasa sepanjang hari"

Rebutlah peluang ini untuk mendapatkan kesihatan sepanjang ramadan dengan Shaklee, Boleh hubungi saya untuk tempahan dan sebarang pertanyaan, anda juga layak menerima konsultasi secara percuma dari saya juga dapatkanTips Exclusive dari saya.

FB : Norhayati Ismail
Email : yattisma@gmail.com
Sms/Whatsapp : 0107628163
Shaklee ID : 1003021
COD area : Subang U5, Shah Alam, Sg Buloh, Ara Damansara, Sunway Damansara, Puncak Alam.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers


up