Rizqi tak nak minum susu guna botol

Masalah dan kerunsingan yang melanda kebanyakan para ibu termasuk saya.....Baby TAK NAK GUNA BOTOL????...memang pening dan sangat susah hati.

Beralih pada cerita rizqi yang tak nak menyusu guna botol, bila difikirkan mungkin salah saya sebab tak ajar rizqi sedari awal kelahirannya. Hanya selepas sebulan baru berjinak-jinak mengunakan botol yg paling murah.tp masa tu nenek dia yang bagi, susu tu pun habis dia minum.

Selepas je kami balik ke Subang, cabaran baru bermula bila rizqi dh taknak langsung minum susu guna botol walaupun guna botol mahal sama je...meronta-ronta nangis ....adoiii pening dah ibu fikir camne nanti kalau tinggal dengan mak odah. lg sebulan je lagi time tu nak masuk kerja. Rasa give up tu dah semamangya lepas je dia menagis2 mcm kene pukul, so bila dia nagis je bila bagi botol,  automatik rasa sedih , kesian dan terus je bagi df.haihhhhh.....xpe kot ada lg sebulan nak masuk kerja kita bg can dekat rizqi..:)

Time nie mula lah mengoogle botol susu mane yang sesuai, kot2 lah si rizqi nak minum pulak lepas nie..

Pilihan pertama haruslah NUK premium choice, sama macam abg Harith dulu.


 Hasilnya ibu hampa...mungkin sebab puting dia keras.lepas tu saya beli pulak Tommie Tippee

 Bukan kata nak hisap...masuk je mulut dtolak2nya dengan lidah...alahai anak...

Bila fikirkan taknak buang duit dan buang masa mengajar rizqi pakai botol, sy guna balik botol susu NUK td tapi tukar puting dia yang jenis latex.


kali nie..oklah sikit nak lah juga dia minum walaupun mula2 agak payah, tapi sy beri bila dia mula ada tanda - tanda lapar..sampai harinie walapun weekend saya tetap beri dia susu guna botol supaya dia tak lupa.

Blog Bonda
Atie
SID Shaklee area Subang U5, Sg Buloh, Ara Damansara
0107628163



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers


up