Buasir : Petua & Tips

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Selain daripada masalah kesihatan lain semasa hamil, wanita hamil memang tidak boleh lari daripada masalah seperti buasir. Alangkah baiknya jika kita boleh elak dari terkena buasir..

Buasir terjadi bila kita sembelit & meneran dengan kuat semasa proses membuang air besar. Cara terbaik ialah dengan memastikan kita tidak sembelit supaya pembuangan air besar berjalan dengan lancar dan mudah.


Tip-tip berikut akan membantu anda:
  • Makan makanan yang berserat tinggi termasuk roti dan pasta bijirin penuh, nasi beras perang dan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Minum di antara enam dan lapan gelas air sehari supaya anda tidak ternyahhidrat.
  • Cuba bersenam dengan kerap walaupun anda hanya mempunyai masa dan tenaga yang cukup sekadar untuk berjalan.
  • Pergi ke tandas sebaik sahaja anda terasa hendak membuang air. Jika anda tunggu, najis anda akan jadi keras dan kering.
  • Cuba naikkan kaki ke atas bangku semasa anda membuang air besar. Ini boleh membantu meluaskan ruang untuk najis keluar.

Jika anda masih sembelit selepas mencuba tip-tip di atas, anda boleh minta pakar obstetrik anda untuk mempriskripsikan julap yang selamat diambil semasa hamil.

Membuat senaman lantai pelvis setiap hari boleh membantu mengelakkan buasir daripada berlaku. Senaman ini meningkatkan peredaran darah di sekitar kawasan dubur dan menguatkan otot-otot dalam faraj dan perineum (bahagian di antara faraj dan dubur). Senaman tersebut juga boleh membantu semasa proses bersalin dan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin.



Kalau tiada masa nak bersenam, macam bonda memang  takde masa,  anda mungkin boleh mencuba kaedah lain :

  • Mandi air panas untuk mengurangkan kegatalan dan sakit. Elakkan dari menggaru tempat yang gatal kerana ini hanya akan membuatkannya lebih teruk.
  • Gunakan tekanan sejuk seperti pek ais untuk melegakan kesakitan di sekitar dubur dan mengurangkan bengkak.
  • Bersihkan tempat yang terjejas dengan lembut dan menyeluruh selepas anda membuang air besar. Selepas mencuci, lap dengan tuala lembut atau tisu tandas yang lembut untuk mengeringkannya. Gunakan tisu tandas putih yang tidak mempunyai bau.
  • Cuba tolak masuk buasir yang terkeluar itu secara perlahan-lahan menggunakan jari yang bersih apabila anda mandi.
Kalau ikut petua mak2 kita, bonda cadangkan guna Biji Manjakani, tahu tak macamana rupa dia.??

Caranya mudah sahaja, ambil biji manjakani gosokkan pada lesung atau parutkan, ambil serbuk dan sapukan pada buasir yg bengkak, InshaAllah ulang berberapa kali sebelum tidur, buasir akan kecut.

Dekat mana nak cari Biji Manjakani nie??...Cari dekat kedai2 india atau sensei...mesti ada.

Untuk Bonda pula, tak lupa amalkan supplement shaklee selain dari tips2 yang ada, sebab bonda rasa lagi mudah hanya makan setiap hari..:)

1) Ostematrix - Elak dari sembelit, Melembutkan najis.
2) Omega Guard - Mengecutkan bengkak buasir.

Nama FB : Norhayati Ismail
Email : yattisma@gmail.com
Shaklee Id : 1003021
Sms/Whatsapp : 0107628163
COD Area : Subang U5, ShahAlam, Sungai Buloh, Ara Damansara, Sunway Damansara.

 


 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers


up