Cara Elak Sembelit Semasa Berpantang bagi Ibu yg dah Serik dan Trauma nak bersalin lagi!!

Assalamualaikum Sahabat semua...

Sembelit?? Selepas sahaja bersalin, perkara pertama yg digeruni adalah membuang air besar, betul tak??.saya rasa ramai ibu-ibu hadapi masalah sembelit semasa berpantang sama seperti saya.

Sebelum saya sharekan cara bagaimana atau tips2 supaya tidak sembelit, Saya juga pernah alami sembelit yg teruk semasa berpantang anak pertama. ketika itu, sy masih tiada pengalaman, saya berpantang seperti biasa namun hari ke 7 berpantang sy sudah berberapa hari tidak membuang air besar, bermulalah pengalaman ngeri sy. duduklah berjam-jam didalam tandas, sampai menangis-nangis. Sampaikan saya terpaksa menyuruh suami membeli ubat pelembut najis untuk melegakan sembelit. Bukan sehari tetapi sembelit saya berlarut hingga seminggu, peritnya hanya Tuhan sahaja yg tahu.

Berpantang untuk Kali ke 2 saya memang amat mengujakan. Alhamdulillah, Sy rasa berasa lega kerana sikit pun sembelit tu tidak datang menganggu emosi sy ketika berpantang.  Luka bersalin memang cepat kering, hari ke 5 dah tak rasa sakit. Saya enjoy Brestfeeding baby sebab badan rasa sihat, bangun pagi rasa ceria. Memang teruja sangat dengan Shaklee effect semasa berpantang.Jom ikuti cara dan tips yg sy amalkan ketika berpantang.

Cara /Tips Elak Sembelit Semasa Berpantang.
1- Makan Banyak Sayur-Sayuran- Semasa berpantang kita memang digalakkan memakan banyak sayur-sayuran yang kaya dengan serat.TAPI..jgn pula kita makan sayur yg boleh memudaratkan.Kalau tak tahu tanya Mak2 kita, Masa sy berpantang, memang sayur ulam pegaga Wajib ada masa makan tengahari dan malam.(ehh pegaga pn leh bykkan susu tau ) Selain itu carrot dan sawi pn boleh makan.

2-Makan Buah Oren Sunkist- Makanlah buah oren setiap hari, sebab buah-buahan yg kaya dengan serat memang membantu untuk melawaskan, tapi korang jangan lah makan banyak-banyak kalau kita ok takut nanti baby kita pulak yang sakit perut. Macam sy memang suka makan buah Oren atau Epal.

3-Minum Air Masak- Air memang sangat penting untuk badan kita, kalau boleh minum air masak secukupnya, orang tua2 kata "Jangan Minum Air Banyak2 ketika Berpantang " Tapi bagi saya kalau tak minum air masak yg banyak, pengeluaran susu juga akan terganggu. Jadi sembelit pn mesti akan datang.

4-Segera Ke Tandas- Jangan berlengah ketika perasaan hendak ke tandas itu datang. biarlah kita duduk lama sedikit berbanding kita duduk lama tapi menahan kesakitan akibat sembelit.

5-Makan Supplement-Para ibu yang ingin mengambil sebarang supplement bagi membantu mengurangkan sakit sembelit, saya amat menggalakan ibu mengambil supplement yg mengandungi Magnesium iaitu OSTEMATRIX Shaklee. Magnesium di mana ia bersifat laksatif. Magnesium melembutkan najis sekaligus memudahkan pembuangan. OSTEMATRIX, mengandungi Kalsium dan sangat diperlukan untuk membantu pergerakan otot-otot badan yang lancar. Pengambilan kalsium yang mencukupi akan dapat melancarkan pergerakan usus besar sekaligus membantu mengatasi masalah sembelit. Selain itu, kadar keperluan kalsium seorang ibu menyusu juga lebih tinggi berbanding yang tidak menyusu, maka ianya sangat sesuai untuk diamalkan setiap ibu di dalam pantang.

Ini lah sebahagian dari tips yg boleh saya kongsikan untuk ibu yang mengalami sembelit teruk, pastikan selepas ini ibu tidak lagi trauma nak berpantang!

sebelum itu, jom kita ikuti kisah Puan Khadeejah Hasmad menceritakn ttg pengalaman ngeri beliau akibat sembelit yang teruk.




Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Untuk pengetahuan ibu2 Ostematrix ini juga terdapat dalam pakej Set Berpantang Shaklee.

Jom Share kan pengalaman berpantang ibu -ibu dia ruang komen ..:)

Nama FB : Norhayati Ismail
Email : yattisma@gmail.com
Shaklee Id : 1003021
Sms/Whatsapp : 0107628163

3 comments:

syuhada said...

oste mmg best untuk elakkan sembelit...sy pun suka sangat dengan oste nie... :)

Norhayati Ismail said...

ye betul tu....sy sampai sekarang walaupn dh lepas berpantang dan masih bf baby..masih amalkan oste ni..:)

Emma said...

Tlg whatsapp sye kak .. sembelit .. 0176132356

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers


up