Cara menyimpan makanan bayi utk ibu yang tak sempat nak masak hari-hari.

Assalamualaikum semua....

Sejak-sejak si Adik dah 6bulan lebih nie, maklumlah dah mula nak mkan solid food kan.kalau dah jadi ibu kenalah rajin selalu, kalau dalam hati dah ada kata MALAS jawapannya kesianlah si Anak sbb hari-hari kena makan Nestum. Bukan lah nak kata makanan itu tidak berkhasiat tetapi sebagai ibu saya memang amat menitik beratkan makanan yg berkhasiat dan bersih.

Mr Google memang kawan saya sejak akhir-akhir ni, dan sebenarnya info-info yang ada di internet memang sangat berguna.Saya juga merupakan seorang ibu yang bekerja,yang tiada masa untuk masak hari-hari. kebiasaannya memang hari minggu sahaja ada masa untuk masak untuk anak-anak dan akan buat frozen food mereka untuk seminggu, jadinya setiap pagi akan saya bawa sebekas frozen food bersama EBM ke rumah pengasuh. Ohh ye..jangan lupe letak tarikh pada setiap container mcm EBM jugak.



contoh makanan bayi yang telah siap disimpan dalam food container dan sedia untuk difrozenkan.

Berikut adalah bagaimana cara menyimpan makanan bayi dengan selamat.



Menggunakan Ice Cube Tray atau Freezer Bag.Pastikan Ice Cube tray anda bersih dan harus diseteril kan terlebih dahulu sebelum mengisi makanan. Seeloknya gunakan Ice cube tray yang bertutup.
Penggunaan Ice-Cube Tray atau Freezer Bag ini dapat memberikan beberapa kelebihan seperti:-

  • Setiap cube/bekas dpt menyimpan kuantiti makanan sebanyak 1oz.Kebanyakan Ice Cube bersaiz 2oz hingga ke 4oz
  • Mengelakkan pembaziran makanan sebab kita boleh gunakan satu cube untuk sekali makan.
  • Menjimatkan masa yang digunakan untuk menghasilkan makanan bayi

Sama la mcm konsep EBM.Cara ini juga membantu kita supaya ingat jangka lama makanan bayi yang disimpan.


Ikuti pula cara-cara berikut untuk memastikan makanan bayi anda disimpan dengan selamat tanpa sebarang cemaran.



1. Jika anda menyediakan makanan bayi dalam kuantiti yang banyak untuk disimpan, sejukkannya dengan segera dan simpan dalam peti sejuk. Sejuk bekukan mana-mana makanan yang tidak akan diguna dalam masa 24 jam
2. Jika bayi anda tidak habis makan, buang sisa makanan tersebut. Makanan yang telah terkena air liur mengandungi bakteria yang akan berganda jika disimpan.
3. Semak tarikh luput makanan. Jika ada lebihan makanan dalam botol yang telah dibuka, anda boleh simpan dalam peti sejuk selama 24 jam. Walau bagaimanapun, buang lebihan makanan yang telahpun dipanaskan sekali, serta botol di mana makanan di dalamnya telah disuap kepada bayi anda.

4. Periksa suhu peti sejuk anda. Ia sepatutnya berada di antara kosong dan lima darjah Celcius. Belilah termometer peti sejuk jika anda belum mempunyainya.

Sumber : babycentre 

Minggu lepas saya dah buat stok seminggu bubur nasi+kurma, minggu nie pumpkin puree lagi. antara puree paling digemari si Adik. Semoga tips di atas boleh membantu ibu-ibu.
Jom share resepi puree ibu-ibu, atau ingin mendapat tau tentang produk-produk Shaklee boleh hubungi saya.

Nama FB : Norhayati Ismail
Email : yattisma@gmail.com
Shaklee Id : 1003021
Sms/Whatsapp : 0107628163


 


 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers


up