Saya terpaksa potong rambut pendek selepas mimpi ngeri jadi kenyataan.

Sejak ahkir-akhir ini, banyak sangat dah rambut gugur.lagi-lagi kalau lepas mandi. Dalam bilik air, sofa, lantai bilik, bantal semua penuh rambut bersepah-sepah. Ada tak ibu- Ibu yang selepas bersalin alami pengalaman ngeri macam ini??

Suami pula dah mula bising,katanya rumah jadi kotor, malu kalau orang datang berkunjung bila rambut bersepah-sepah dilantai. apatah lagi kalau jumpa rambut kat dapur, saya malu kalau orang cakap kami pengotor. Memang sangat memalukan. Saya bertambah stress bila suami mula menyuruh agar saya memotong rambut pendek. Ini adalah perkara yang paling sedih, bila saya kelihatan tidak lagi cantik dimata suami.

Sedih tak kalau mahkota yang kita simpan dan belai akhirnya terpaksa di potong.??zasssss!!!! Sekelip mata je pendek. Tapi, betul ke boleh Mengurangkan masalah dengan potong rambut jadi pendek???

Kalau tanya Saya,..jawapannya..ia tidak membantu seratus peratus, kerana apa yang saya alami rambut semakin banyak gugur dah tahap hampir nak botak pada bahagian rambut hadapan kanan dan kiri, rambut pula semakin nipis dan tak cantik. Setiap hari saya akan mencari petua-petua apa sahaja di internet untuk membantu masalah keguguran rambut saya. Termasuklah mencuba perlbagai syampo rambut dan tonic.

Berikut adalah tips yang pernah saya cuba untuk mengurangkan keguguran rambut.

Tips #1

Ambil Santan lumurkan keseluruh rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik.Perap beberapa jam, selepas itu bilas dengan air suam, buat seminggu sekali. (tapi saya tak rajin sebab kalau tak bilas bersih-bersih nanti berbau tengik.)

Tips #2
Tukar Syampo rambut. Gunakan syampo yang menguatkan akar rambut anda, antaranya ada lah syampo Bawang.( alaa..yg ada gambo Jackie Chan tu)

Tips #3
Ambil Supplement dan vitamin setiap hari, untuk memastikan kesihatan rambut anda bermula dari dalam akar bukan hanya diluar rambut. Vitamin E, Zinc serta Protein boleh membantu menguatkan akar rambut, (saya juga mengamalkan supplement dari Shaklee iaitu Zinc dan ESP, ambil setiap hari tanpa skip selama sebulan).

ZINC COMPLEX Bantu Menguatkan Akar Rambut.
 Zinc juga boleh bantu untuk mengurangkan rambut gugur.ia adalah mineral yang sangat penting untuk kita. Ianya diperlukan untuk membentuk enzim dan hormon penting dalam tubuh badan selain memeliharanya.

Zinc berfungsi sebagai perantara bagi lebih 100 jenis enzim dalam tubuh manusia dalam berperanan secara lansung untuk metabolisma seluruh sel didalam tubuh kita.


ESP Bantu Pertumbuhan Rambut Akibat Gugur.
Mempunyai Protein yang tinggi. ianya membantu membekalkan protein untuk pembentukan sel-sel baru.

Alhamdulillah, selepas saya mengambil zinc serta ESP masalah rambut gugur dah tak ada, hasilnya bahagian rambut yang botak telah ditumbuhi anak-anak rambut.Suami dah tak complain, Saya dah tak malu kalau ada tetamu berkunjung ke rumah. Saya dah semakin yakin dengan diri sendiri.

Masalah saya ini sama seperti sahabat baik saya, dia juga alami perkara yang sama, kami hampir-hampir botak kerana rambut gugur, jom klik video dibawah, ketahui apa sahabat saya buat agar suami tak complain lagi.



Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini... from iReach HD on Vimeo.

Sekian sahaja tips untuk wanita-wanita di luar sana yang menghadapi masalah yang sama seperti saya. Anda ingin berborak dengan saya atau share pengalaman-pengalaman anda, atau ingin mendapat tau tentang produk-produk diatas, boleh hubungi saya.

Nama FB : Norhayati Ismail
Email : yattisma@gmail.com
Shaklee Id : 1003021
Sms/Whatsapp : 0107628163

2 comments:

Ema Johari said...

rambut yang selalu gugur memang buatkan kita tidak selesa...nak masak pun kena pakai penutup rambut kan.

Norhayati Ismail said...

betul tu puan...silap2 ada pulak helaian rambut dekat hidangan...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers


up