7 perkara Suami Wajib Tahu supaya tidak panik bila Isteri Nak Bersalin. Anda Wajib baca ni!!

Assalamualaikun semua...

Saat kelahiran adalah salah satu momen yg paling indah dlm kehidupan pasangan suami dan isteri, kehadiran si suami disisi isteri di saat2 kelahiran memang sangat penting memandangkan sokongan si suami amat diperlukan.

Bagi si suami, anda tidak harus panik kerana ada beberapa tips yg boleh anda ikuti.

7 perkara suami wajib tahu!


1> Sediakan keperluan diri sendiri
Dalam kes tertentu, ada yang perlu menemani isteri apabila isteri terpaksa ditahan wad sebelum bersalin, jadi jangan lupa lengkapkan barangan peribadi di dalam beg khas dan ditempatkan sekali barangan isteri dan anak di dalam but kereta.

2> Tahu apa yang diperlukan isteri
Berbincanglah dengan isteri terlebih dahulu mengenai apa yang dia mahu dan tidak mahu sepanjang berada di dalam bilik bersalin. Anda bertanggungjawap memaklumkan perkara ini kepada doktor, jika isteri anda mungkin mempunyai plan kelahiran, jangan Lupe membawanya apabila tiba masanya nanti.

3> Tahu apa yang harus dijangkakan
Ketika isteri anda sedang alami sakit kontraksi, anda perlu memainkan peranan dengan membantunya mengurangkan rasa sakit yang dialami. Oleh sebab itulah anda digalakkan utk mengikuti kelas antenatal bersama isteri supaya apabila berhadapan dengan situasi sebenar, anda tahu apa yg perlu dilakukan dengan sebaik-baiknya. Hal ini kerana, kelas antenatal berkenaan mempunyai maklumat tentang proses kelahiran dan perkara- perkara yg berkaitan dengannya.

4> Alihkan perhatian
Melahirkan anak biasanya mengambil masa yang agak panjang terutamanya bagi yang pertama Kali melaluinya. Kontraksi yg dialami akan membuatkan isteri anda tidak senang duduk. Oleh yg demikian, kenal pasti sesuatu utk membolehkan dia mengalihkan perhatian setiap Kali kesakitan dialami. Cari objek di dalam bilik bersalin atau objek yg dibawa bersama. Peranan utama anda ialah membantu isteri melupakan seketika kesakitan yg dialami dan alihkan perhatian utk sementara waktu, di dalam kelas antenatal anda mungkin mempelajari kaedah menghadapi sakit bersalin mengunakan teknik bertenang dan pernafasan.

5> Orang utama
Walapun terdapat ramai orang lebih berpengalaman disekeliling anda yg boleh membantu, tetapi anda ibarat "tulang belakang" paling penting bagi isteri. Buatlah apa sahaja dan dapatkan apa jua yg dperlukan termasuklah terpaksa berlari ke kafetaria untuk membeli gula-gula atau mengambil segelas air.

6> Bersedia membuat keputusan
Hanya anda dan isteri tahu apa yang anda berdua mahukan. Dalam keadaan tertentu, isteri anda mungkin tidak dapat membuat keputusan apabila situasi memerlukan anda berbuat demikian.

7> Sabar menunggu
Situasi anda mungkin tidak sama seperti didalam drama mahupun filem. Kebanyakan wanita terpaksa menempuh sakit bersalin selama berjam-jam sebelum ke hospital.
Banyak pasangan yg berasa bahawa diri lebih selesa berada di rumah pada peringkat awal proses kelahiran. Malah, kebanyakan hospital menyarankan anda hanya datang ke hospital setelah merasai kesakitan kontraksi setiap 5 minit sekali.

[Info Penting!]
Apabila serviks terbuka 10sm, ia bererti tahap kelahiran bayi sudah sampai ke tahap kedua. Ini menunjukkan bayi sudah bersedia utk keluar. Ketika ini bantu isteri mendapatkan kedudukan yang selesa agar memudahkannya utk meneran.
Bermula saat ini, isteri anda akan mula meneran setiap Kali berlakunya kontraksi. Inilah waktunya isteri anda memerlukan sokongan padu daripada anda.

Semoga tips di atas membantu si suami lebih bersedia dari segi fizikal dan mental. Suami juga boleh menghadiahkan isteri tersayang set berpantang shaklee agar isteri lebih sihat, ceria dan bertenaga semasa berpantang.



Untuk tahu lebih lanjut boleh terus hubungi sy di nombor yg tertera.

Nama FB : Norhayati Ismail
Email : yattisma@gmail.com
ID Shaklee : 1003021
Contact no : 0107628163



posted from Bloggeroid

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers


up