Cara Atasi Lingkaran Gelap Bawah Mata Untuk Bakal Pengantin

Assalamualaikum semua...dan Salam Sejahtera.

"Majlis akan berlangsung lagi 2 minggu, tapi mata panda ini masih membelenggu hidup Saya. Apa perlu Saya buat? Sempat ke saya nak hilangkan lingkaran gelap bawah mata ini.?"

Di atas adalah situasi yang biasa di alami oleh bakal pengantin. Apabila melihat Wajah di cermin, mata pasti tertumpu terus pada lingkaran gelap yang melingkari bawah mata. Hari pertunangan semakin hampir tapi lingkaran gelap ini pasti mencacatkan penampilan Wajah.

Oleh sebab sibuk dengan tugasan harian, ditambah pula dengan segala persiapan untuk hari persandingan, pasti lingkaran gelap bawah mata ini akan muncul. Mungkinkah kekurangan tidur menjadi penyebab timbulnya lingkaran gelap ini dan apakah cara penyelesaiannya?




Tahukah Anda punca dan sebab mengapa anda boleh mendapat lingkaran gelap ini.

1. Kebanyakan wanita yang mempunyai lingkaran gelap bawah mata disebabkan baka atau keturunan.
2. Wanita yang tidak mendapat rehat yang cukup mudah mendapat masalah ini. Selain itu, puncanya tidak mendapat tidur yang betul, menghadap komputer dengan terlalu lama.
3. Lingkaran gelap bawah mata ini disebabkan oleh dehidrasi.
4. Menandakan tubuh anda mengalami kelemahan dari segi penyerapan zat besi atau mengalami masalah anemia dan juga resdung.
5. Anda yang menghidapnya mungkin mengalami alahan makanan seperti tenusu, kentang putih, tomato, tembakau, produk gandum, dan juga Coklat.

Apa kata kita Cuba cara ini!

ATASI DENGAN CARA SEMULAJADI

TIMUN merupakan sayur yang sangat berkhasiat dan mampu mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menggunakan jus timun. Jus timun ini boleh membantu mencerahkan bahagian kulit bawah mata yang gelap dan mengurangkan kesan sembab.
UNCANG TEH sejuk antara yang terbaik dan mudah untuk diperaktikkan. Uncang teh yang telah digunakan jangan dibuang begitu sahaja. Selepas digunakan untuk membuat air, simpan uncang tersebut didalam peti ais semalaman. Pada keesokan harinya, ambil uncang itu dan letakkan di sekitar mata selama 15 minit. Khasiat daun teh ini boleh melegakan otot mata yang letih dan menyegarkan kembali kulit di sekitar mata. Tibanya hari bahagia nanti, pasti mata anda cantik berseri dan si dia pasti tertawan.

ATASI DENGAN RAWATAN

Mungkin anda telah kesuntukan masa kerana majlis akan berlangsung tidak lama lagi. Untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat, anda boleh mendapatkan produk pelembap khusus untuk lingkaran gelap bawah mata di farmasi. Vitamin K yang terdapat pada pelembap tersebut akan mengurangkan warna gelap pada bawah mata. Selain menghilangkan kesan gelap tersebut, ia juga membantu memberi kesegaran bawah mata. Ia sangat penting sebagai langkah pencegahan sebelum terlambat.

ATASI DENGAN PRODUK KECANTIKAN

Setelah kesemua cara untuk mengembalikan kesegaran bawah mata anda tidak menjadi, anda boleh cuba dengan cara solekan yang digunakan pada hari persandingan nanti. Cara solekan yang betul boleh menutup kekurangan yang ada pada bawah mata. Produk kecantikan yang sesuai adalah pelembap dan 'consealer'. 'Consealer' yang digunakan mestilah lebih cerah dari kulit anda. Ini dapat memyembunyi lingkaran gelap bawah mata anda itu.

Semoga tips yang di berikan dapat membantu bakal pengantin menyelesaikan masalah lingkaran gelap bawah mata atau kita panggil ia mata panda.

Di sini Saya sangat menyarankan kepada bakal pengantin yang mempunyai masalah seperti diatas dengan menggunakan Enfuselle Eye Treatment. Ia khas utk merawat dan menghilangkan lingkaran gelap bawah mata anda.




Jom baca testimoni pengguna Enfuselle Eye Treatment.




Macamana nak order? Anda boleh contact saya.

Nama fb: Norhayati Ismail
Email: yattisma@gmail.com
Contact no: 0107628163
Sid No: 1003021

Anda ingin Beli dengan harga Ahli?? Kami mengalu-alukan agar anda mendaftar kerana ada banyak lagi keistimewaan yang akan anda perolehi selain harga Ahli.

posted from Bloggeroid

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers


up