5 Petua Hilangkan Penat Selepas Kerja

Assalamualaikum Semua dan Salam Sejahtera.






Siapa yang tak inginkan rehat yang cukup setelah kita penat bekerja, Apatah lagi perkerjaan yang memerlukan anda keluar untuk berjumpa dengan orang ramai. Pasti waktu pulang adalah perkara yang dinanti-nantikan.

Tetapi, bila time dah balik anda berhadapan pula dengan kesesakan lalu lintas yang membuatkan anda lagi bertambah sesak dan akhirnya keletihan akan bertambah membuatkan anda tidak bermaya.

Apa kata selepas pulang anda gunakan petua untuk cergaskan kembali tubuh anda. Jom ikuti petua- petua ini untuk mengekalkan kesihatan anda.

  • Minum Air Limau - Perahkan beberapa biji limau dengan air suam, tapi ingat..hanya dengan air suam diminum tanpa gula, sekiranya ada yang tidak mengemari limau kasturi, gunakan lemon atau limau nipis sebagai altenatif. Amalkan setiap hari, ia bukan sahaja menghilangkan penat bahkan boleh mengempiskan perut anda.

  • Mandi Air Panas - Sediakan air panas dan siram ke tubuh badan anda, tidak perlu kuantiti yang banyak, sedikit sebanyak ia boleh melancarkan aliran darah ke kepala dan mengurangkan keletihan badan serta sakit kepala

  • Bersenam - Luangkan sidikit masa anda untuk bersenam. Sekiranya tidak sempat memadai dengan melakukan kerja-kerja mengemas rumah. Ini kerana  pengeluaran peluh membantu tubuh anda berfungsi dengan lebih baik. Dalam masa yang sama memberi otak anda oksigen setelah seharian berada di pejabat yang berhawa dingin. Ini ladalah satu latihan yang sihat danbaik.

  • Minum Air Teh Hijau - Air teh yang di amalkan oleh masyarakat cina sebenarnya amat baik, air teh yang bewarna hijau tanpa gula. Terdapat banyak antioksidan yang membantu menyegarkan tubuh dan minda dalam masa yang sama. Ia juga dapat mengurangkan kadar gula dalam darah.

  • Urutan - Urutan seluruh badan adalah penting untuk tubuh anda. Tetapi jangan di amalkan selalu kerana ada kesan sampingan yang negatif terhadap tubuh anda. sebaiknya sebulan 2 kali sahaja. Selain melancarkan darah, ia juga amat menyegarkan tubuh anda.
Semoga tips yang dikongsikan tadi boleh membantu anda tenang serta hilang dari keletihan bekerja.






0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers


up