6 Langkah Mengurangkan Masalah Sembelit Ibu Hamil


Kenapa Ibu Hamil Selalu Sembelit?





Ini adalah masalah yang paling popular yang sering berlaku di kalangan kaum ibu yang mengandung.

kenapa sebelum mengandung, tiada masalah untuk membuang air besar tetapi sejak beberapa bulan di awal kehamilan, mesti bermasalah unutk membuang air besar.?

Sebenarnya masalah sembelit adalah disebabkan tekanan oleh uterus ibu yang semakin membesar keatas rektum,  serta hormon-hormon kehamilan yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman.

Sesetengah sumplement yang mengandungi zat besi juga boleh menyebabkan sembelit.

Apa tindakan yang seharusnya di lakukan untuk mengurangkan masalah sembelit.?


  • Displinkan diri untuk membuang air besar setiap awal pagi, bila anda sudah membiasakan perut untuk membuang air besar setiap hari, ini akan menjadi amalan yang mudah.

  • Minum segelas air suam setiap pagi untuk memudahkan anda membuang air besar.

  • Pastikan anda mengambil 8 gelas air masak sehari untuk memudahkan sistem perlawasan.

  • Makan makanan yang tinggi serat , buah -buahan serta sayur - sayuran.

  • Amalkan minum jus prun kerana dipercayai boleh memudahkan membuang najis.

  • Rajin bersenam, seperti berjalan, berenang, berbasikal, membuat Yoga, selain itu ia membuatkan anda lebih sihat dan cergas.

Untuk pengetahuan semua, masalah sembelit tidak berbahaya kepada ibu hamil tetapi ia boleh membuatkan ibu rasa tidak selesa dan berisiko mendapat buasir.

Jadi, segeralah berbuat sesuatu sebelum penyakit lain pula yang menyerang anda.







0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers


up