Cara Memutihkan Ketiak Yang Hitam

Assalamualaikum..



Kulit yang licin, gebu serta paras rupa yang menarik sahaja tidak memadai sekiranya kecantikan dalaman tidak diambil peduli.

Terutamanya bagi bakal-bakal pengantin. Pasti inginkan kecantikan luar dan dalaman. Betul tak?

Apakah Punca Ketiak Menjadi Hitam?

MENCUKUR
Apabila anda gemar membuang bulu ketiak dengan kaedah mencukur, ianya boleh mendatangkan bahaya.
Ini kerana ia boleh mengakibatkan luka-luka kecil selain membesarkan liang roma.
Teknik mencabut cuga turut mengakibatkan kulit dibahagian ketiak menjadi kehitaman. Ini disebabkan masalah iritasi atau kegatalan berlaku.

MASALAH HORMON
Keadaan ini biasanya keatas mereka yang mempunyai kulit yang sensetif.
Sebagai contoh penggunaan deodoran yang mengandungi alkohol yang tinggi sehingga berlakunya masalah iritasi yang akhirnya mengakibatkan terjadinya hiperpigmentasi.

Sebenarnya ada beberapa cara dan langkah bagi mengelakkan noda-noda hitam dibahagian ketiak

Bergantung kepada budget serta kerajinan anda untuk kelihatan cantik.

Antara cara dan kaedahnya :-

Akupuntur
Hormon yang tidak seimbang antara penyebab kulit dibahagian tertentu menjadi kehitaman.
Rawatan ini berfungsi untuk menyeimbangkan kembali hormon.
Ia turut membantu mengurangkan proses pembentukan pigmentasi dan melancarkan darah serta kulit menjadi lebih cerah.

Mesotheraphy
Sejenis suntikan dos kecil yang mengandungi vitamin C,(mencerahkan kulit) glutathione (mengurangkan proses pembentukan melanin), serta procaine (mengurangkan rasa sakit).
Sebaiknya berbincanglah dengan pakar anda terutamanya tentang kesihatan yang dikuatiri berlaku komplikasi berbahaya sewaktu rawatan.

Lulur
Lakukan lulur sendiri dirumah.ini pasti cara yang paling murah dan jimat.
Anda boleh mengunakan bahan semulajadi seperti buah nanas dan betik muda yang diparut. Enzim dan asid yang terkandung dalam buah tersebut dapat membantu mempercepatkan proses penggelupasan sel kulit mati.
Yogurt juga baik untuk membuang sel-sel kulit mati.

Makan Supplement
Pengambilan Supplement juga adalah altenatif yang sangat mudah, terdapat pelbagai jenis supplement yang terdapat dipasaran sekarang.
Namun sangat disarankan kepada anda agar mengambil vitamin c dan juga Esp sebagai sumber pencerahan dari dalaman hingga ia dapat menghasilkan kesan yang cerah semulajadi.

Ada juga cara serta petua-petua lama yang boleh anda ikuti. Seperti mengunakan limau purut dan kapur sireh.

Apa cara sekali pun yang anda ingin cuba pastikan ianya selamat dan tanpa membuat anda sakit.

Selamat mencuba!

posted from Bloggeroid

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers


up